Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) jika meneruskan hasrat untuk berdebat skandal 1MDB. <br /> <br />Pandikar juga menyuarakan kebimbangan jika perdebatan secara siaran langsung itu diteruskan akan menyebabkan siasatan kes terjejas dan menimbulkan prejudis terhadap pihak yang disiasat dalam prosiding nanti. <br /> <br />Katanya, sekalipun beliau tidak menghalang perdebatan antara Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy, tetapi ia perlukan dilakukan dengan bersyarat.