Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan kenyataan Tony Pua bahawa belaiu tidak melanggar Peraturan Mesyuarat Parlimen dengan berdebat secara langsung dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy. <br /> <br />Katanya, Peraturan Mesyuarat menetapkan bahawa speaker diberi kuasa mutlak mentafsir peruntukan Peraturan Tetap Mesyuarat dan bukan oleh ahli parlimen mahupun anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).