Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis menyiasat Malaysiakini berhubung laporan berkaitan perpindahan timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. <br /> <br />Kira-kira 10 pegawai dan anggota SKMM dan polis kini sedang berada di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya. <br /> <br />Pada Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan seorang pendakwa raya SPRM yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting secara mengejut dipindahkan hari ini.