Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membatalkan permohonan saman pemula empat individu yang memohon untuk mencabar usul pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen yang membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan. <br /> <br />Keputusan itu dibuat hari ini oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Asmabi Mohamad yang memerintahkan bahawa permohonan itu perlu dibuat melalui semakan kehakiman dan bukannya melalui saman pemula.
