Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mahkamah di negara ini menerima gaya hidup mewah seseorang individu sebagai bukti wujud elemen rasuah. <br /> <br />Katanya, gaya hidup seperti memiliki banyak kereta mewah contohnya, adalah petunjuk kepada rasuah tetapi mahkamah di negara tidak dapat menerimanya.