Seorang jurulatih bola sepak di perkampungan Bangladesh, Mofiz Uddin memutuskan membentuk sebuah pasukan perempuan pada tahun 2011 selepas kecewa budak lelaki tempatan gagal meraih sebarang trofi kemenangan. <br /> <br />Kurang lima tahun selepas itu, pasukan pemain wanita muda itu menang setiap perlawanan nasional yang dipertandingkan, menjadi selebriti kecil di negara konservatif itu yang mana majoriti warga adalah Islam. <br /> <br />Lebih 12 pemain di sini sudah bermain dalam pasukan nasional wanita, antaranya Tahura Khatun, 12, seorang penyerang kecil digelar "Kolsindur Messi" sempena pemain Barcelona Lionel Messi.
