Pembangkang gagal untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat semasa undi pertama mengenai Bajet 2016 dijalankan.

Bacaan pertama bajet itu diluluskan dengan 128 undi menyokong manakala 74 lagi menentang.

Najib dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir di Dewan untuk mengundi.

Undian peringkat dasar bajet itu dibuat melalui undi blok, selepas undi suara memihak untuk meluluskan bajet ke peringkat jawatankuasa.