Polis Perancis melancarkan sebanyak 128 serbuan, hari ini bagi memburu anggota militan di seluruh Perancis, sehari selepas pihak berkuasa negara ini menemukan sejumlah senjata di bandar Lyon, selatan Perancis. <br /> <br />Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berkata, lebih 100 suspek dikenakan tahanan di rumah dan 23 orang lagi ditangkap bagi membantu siasatan ke atas serangan di Paris pada Jumaat lalu.