Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berikrar untuk meneruskan "perjuangannya" sehingga akhir bagi memastikan kebenaran tertegak. <br /> <br />Bercakap kepada media selepas ikat jamin dibayar, Khairuddin turut mengucapkan terima kasihnya kepada hakim, Datuk Mohd Azman Hussin yang memutuskan tuduhan yang dikenakan terhadap beliau - serta Matthias Chang - bukan kes di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma. <br /> <br />Ikat jamin Khairuddin bernilai RM10,000 dibayar isterinya Datin Seri Umie Aida Rahmad.