Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berang kerana lebih banyak gambar yang menunjukkan beliau makan telur penyu dimuat naik di laman sosial. <br /> <br />Katanya kepada Malaysiakini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebar gambar-gambar berkenaan.
