Kementerian Komunikasi dan Multimedia mungkin mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkaji potensi ancaman navigasi GPS seperti Waze dan Peta Google terhadap negara. <br /> <br />Ini adalah selepas dua ahli parlimen BN terus menimbulkan kebimbangan bahawa aplikasi berkenaan boleh digunakan untuk membocorkan maklumat sensitif, walaupun Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menafikannya.
