Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengingatkan semua pihak khususnya media massa supaya tidak cuba melaga-lagakan beliau dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail <br /> <br />Selaku orang kanan parti itu, Azmin memberi jaminan bahawa beliau akan terus mematuhi keputusan parti khususnya berkaitan penubuhan Pakatan Harapan dan pada masa yang sama meneruskan kerjasama politik bersama PAS.
