Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mahu kerajaan negeri Pahang mengeluarkan arahan berhenti kerja untuk perlombongan bauksit sebelum musim tengkujuh melanda negeri itu. <br /> <br />Katanya, hujan lebat selama empat jam, pada awal pagi Ahad telah menyebabkan dinding penahanan kolam pembersihan bauksit di Bukit Goh pecah dan air melimpah ke rumah seorang penduduk berhampiran.
