Sidang Dewan Rakyat sebentar tadi hangat apabila
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berdiri untuk menjawab isu bilion RM2.6, memetik perintah berdiri 14 (1) (i).

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mencelah dan berkata isu itu perlu dijawab oleh Datuk Seri Najib sendiri, kerana ia perkara peribadi.

Beliau menggunakan ‘point of order’ dan berkata bahawa dana parti mesti diisytiharkan melalui audit.

"Ini mesti dijawab oleh Najib bukan timbalan perdana menteri. Kami akan dapat menyoalnya," katanya dan menggesa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membuat keputusan.