Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok. <br />Zaid akan dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung tulisannya di blog baru-baru ini. <br /> <br />Beliau membuat posting diblognya dengan menggesa rakyat untuk berdiri teguh di belakang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.