Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) menyifatkan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan pada 3 Disember lalu lebih zalim daripada Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA). <br /> <br />Presiden HAKAM, Datuk Ambiga Sreenevasan bimbang berlakunya penyalahgunaan kuasa untuk mengistyiharkan kawasan keselamatan yang membenarkan pihak berkuasa menangkap, menggeledah dan menyita tanpa sebarang waran.