Proton Holdings Bhd mungkin menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit. <br /> <br />Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata kenaikan itu perlu untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah. <br /> <br />Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kebanyakan daripada bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing.
