Dua orang ahli akademik memakai gaun akademik mereka di mahkamah di Kuala Lumpur hari ini untuk memberi sokongan kepada pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom yang didakwa di bawah akta hasutan. <br /> <br />Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan kes tersebut. <br /> <br />Pengerusi Gerakan Akademik Malaysia Prof Wan Manan Wan Muda dan ahli jawatankuasa eksekutif Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya, Lai Suat Yan hadir di kompleks mahkamah Duta dalam gaun akademik.
