Berbeza dengan hakim lain yang bersumpah dengan memegang Bible di Amerika Syarikat, seorang hakim di New York mengangkat sumpah menggunakan al-Quran, Khamis lepas. <br /> <br />Menurut Morocco World News, Carolyn Walker-Diallo merupakan wanita berkulit hitam yang beragama Islam, dilantik selepas memenangi pilihanraya yang diadakan bulan lepas. <br /> <br />Carolyn akan bertugas sebagai hakim mahkamah sivil 7th Municipal District di Brooklyn Burough Hall yang terletak di New York.
