Penyokong Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan juga ahli parti yang setia kepada bekas presiden Datuk Seri G Palanivel 'bertembung' di ibu pejabat MIC, Kuala Lumpur.

Suasana menjadi tegang dan perbincangan antara kedua-dua pihak turut diadakan berikutan ada yang menuntut supaya pemilihan semula parti itu diadakan.

Tetapi tiada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini sementara kelibat Subramaniam dan Palanivel tidak kelihatan. Kedua-dua mereka dipercayai berada di luar negara.

Kelihatan juga dua trak polis dan anggota keselamatan mengawal kawasan sekitar bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.