Operasi mencari 100 mangsa yang hilang dalam kejadian feri karam di Sulawesi, Indonesia diteruskan hari ini. Tetapi setakat ini pasukan penyelamat kecewa tiada yang ditemui. <br /> <br />Feri itu karam dibadai ribut dua hari lalu, dan tiga orang disahkan terkorban setakat ini termasuk dua kanak-kanak. Seramai 39 mangsa dapat diselamatkan di tengah laut.