Kesemua jasad 13 rakyat Malaysia yang maut dalam nahas bas pelancong di Chiang Mai, Thailand pada Ahad, tiba di tanah air awal pagi ini. <br /> <br />Selain yang terkorban, turut dibawa pulang melalui penerbangan ihsan menggunakan dua pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Thailand itu adalah seorang warga Malaysia yang cedera dalam kejadian itu serta waris mereka. <br /> <br />Pesawat TUDM tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang pada jam 3.32 pagi manakala pesawat Tentera Udara Thailand pula pada 3.38 pagi selepas penerbangan kira-kira 3 jam dari Chiang Mai, yang terletak 700 km ke utara Bangkok, ibu negara Thailand.
