Majistret hari ini menolak permohonan reman polis terhadap AJK Pusat PSM, Khairul Nizam Abd Ghani untuk membantu siasatan berhubung laporan terhadap status yang dimuat naik di laman facebook. <br /> <br />Khairul semalam, ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia ketika hadir untuk memberi keterangan kepada pihak polis.