Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata kenaikan kos sara hidup mampu ditangani sekiranya kerajaan sendiri 'melakukan dua kerja' dan 'bekerja lebih masa'. <br /> <br />Beliau berkata begitu dengan merujuk saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan yang meminta orang ramai melakukan dua kerja bagi mengurangkan kos sara hidup.
