Pelawak seperti Harith Iskandar bakal berhenti kerja tidak lama lagi kerana tempatnya akan diambil alih oleh ahli politik seperti Datuk Ahmad Maslan, sindir ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang. <br /> <br />Menurut Lim, apabila Harith menjadikan kenyataan Ahmad semalam sebagai jenaka, 'saham' bagi menteri itu jatuh ke paras yang paling rendah. <br /> <br />Kata beliau tidak lama lagi, pelawak seperti Harith terpaksa berhenti kerja kerana menteri dan timbalan menteri seperti Ahmad Maslan dan lain-lain akan mengambil alih tugas mereka, pelawak profesional mungkin tiada pilihan untuk menceburi politik
