Pihak berkuasa Belgium menangkap dua orang yang disyaki terbabit dalam serangan tapak bersejarah negara itu menjelang sambutan Tahun Baharu 2016. <br /> <br />Mereka adalah anggota kumpulan motosikal berkuasa tinggi dikenali sebagai Kamikaze Riders mahu menyerang medan Grand Palace serta kompleks tentera dan polis. <br /> <br />Menurut pegawai pendakwa. siasatan yang sedang dilakukan mengenai rancangan mereka yang dipercayai diilhamkan sendiri dan bukan diarahkan pengganas IS.
