Mahkamah Rayuan hari ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam tiga anak mereka oleh bapa mualaf, Muhd Riduan Abdullah yang dahulu dikenali sebagai K. Patmanathan <br /> <br />Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Balia Yusof Wahi membuat keputusan majoriti itu bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh tidak mempunyai bidang kuasa mendengar pertukaran agama anak guru tadika M Indira Gandhi oleh bekas suaminya itu.