Satu video berdurasi 45 saat menerima pujian para pelayar internet dengan ditonton hampir sejuta pelayar dan menerima lebih 5000 kongsian. <br /> <br />Video memaparkan seorang wanita turun dari kereta dan memanggil dua orang kanak-kanak dengan seorang daripadanya membawa kereta sorong dipercayai digunakan untuk mengutip barangan terpakai dan memberikan mereka hadiah buku. <br /> <br />Tindakan wanita tersebut menerima pujian para pelayar kerana memberi harapan kepada kanak-kanak tersebut yang dipercayai tidak bersekolah peluang menimba ilmu.