Semua produk IT yang dijual di Mara Digital akan disahkan dan dijamin oleh syarikat Bumiputera yang dilantik bagi menguruskan semua penyewa di kompleks itu. <br /> <br />Bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjaun di Mara Digital, beliau berkata syarikat itu, WGN Innovation Frontiers, dilantik sebagai pembekal utama untuk produk yang dijual di situ.