Pengalaman hidup Shanjey Kumar Perumal menjadi dorongan kepada beliau untuk menghasilkan Jagat, filem Tamil tempatan yang berjaya mencuri tumpuan peminat filem tempatan yang dijangka tamat tayangannya di pawagam Rabu ini. <br /> <br />Filem tersebut berbicara mengenai realiti sosial, ekonomi dan budaya kaum India di Malaysia pada tahun 1990-an, ini termasuk isu kongsi gelap, penggunaan dadah yang berleluasa yang dihadapi masyarakat India. <br /> <br />Sebahagian besar babak yang terdapat dalam filem tersebut merupakan jelmaan semula kisah hidup beliau sejak kecil sehingga sekarang, katanya ketika ditemuramah.
