Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor berkata konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanya untuk mendapatkan keuntungan menggunakan agama Islam. <br /> <br />Beliau memberitahu FMT NEWS, oleh itu Malaysia Airlines (MAS) tidak perlu untuk mengikut jejak langkah syarikat penerbangan baru itu. <br /> <br />Menurut bekas perdana menteri itu lagi, syarikat Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain.
