Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini dalam proses menjejak 100,000 pemilik syarikat yang masih belum berdaftar untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam satu operasi besar-besaran bermula 17 Januari ini. <br /> <br />Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata operasi yang digelar “Ops Jejak GST 2016” itu akan diadakan selama seminggu membabitkan 1,500 pegawai penguat kuasa badan itu.