Perkembangan terbaru isu bauksit di Pahang. <br /> <br />Seorang pegawai kanan antara empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen. <br /> <br />Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki berkata, nilai wang rasuah yang terlibat dalam kes ini lebih daripada RM100,000.