Satu video memaparkan tindakan murni seorang lelaki yang sanggup mengalihkan 'sampah' atau serpihan alumunium di tengah jalan ke tepi mendapat pujian pelayar internet. <br /> <br />Dalam video berkenaan lelaki yang berbaju gelap dengan bertopi keledar pergi ke tengah jalan yang sibuk sebelum mengalihkan serpihan alumunium yang berada ditengah jalan ke tepi jalan. <br /> <br />Tindakannya itu mendapat pujian para pelayar internet yang mengatakan bahawa ianya seperti tiada apa namun dapat menyelamatkan banyak nyawa.