Majlis pelancaran jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) yang telah berlangsung pada Sabtu lalu, menarik perhatian dan menggembirakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar .

Baginda bertitah, gimik video pelancaran dilihat begitu menarik kerana menampilkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di dalam video pelancaran.

Malah, Sultan Ibrahim berharap agar pada tahun-tahun akan datang, JDT boleh menampilkan tempat tempat yang menarik sekitar negeri Johor.

Sultan Johor turut mengucapkan Syabas kepada pasukan JDT dan seluruh penyokong Harimau Selatan.