Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui baginda meniru amalan bola sepak yang disukai dari negara lain sebagai antara usaha meningkatkan mutu bola sepak tempatan. <br /> <br />Baginda bertitah demikian berikutan dakwaan portal pro-Umno, Mykmu yang mendakwa syarikat jenama sukan gergasi Nike mungkin menyaman Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) kerana konsep video pelancaran jersinya hampir sama dengan iklan Nike.