Produk kesihatan dan kosmetik Qu Puteh diharamkan penjualannya di Brunei kerana dikatakan mempunyai bahan berbahaya kepada kesihatan. <br /> <br />Ia adalah antara tiga produk berkenaan diharamkan dijual di kedai dan peruncit dalam talian yang diumumkan Kementerian Kesihatan. <br /> <br />Kesemua produk berkenaan ialah kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal, Qu Puteh Kosmetik Whitening Pro 9 cream dan Qu Puteh Kosmetik Whitening UV Block.