Pemunpang pesawat dari Madrid ke Riyadh di arahkan keluar selepas satu nota serangan bom ditemui dalam pesawat terbabit. <br /> <br />Pesawat Saudi Arabian Airlines itu dijadualkan berlepas pagi ini namun kapten pesawat meminta penumpang dipindahkan selepas menemui nota bertulis "bom 11.30". <br /> <br />Jurucakap pengendali lapangan terbang AENA yang enggan dikenali memberitahu AFP, maklumat yang diterima daripada polis mengatakan ia adalah amaran palsu.
