Sekurang-kurangnya 310 orang penumpang kereta api Ekspres Rakyat berdepan detik cemas selepas kepala kereta api yang dinaiki mereka terbakar kira-kira jam 2.20 petang semalam. <br /> <br />Kereta api yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Butterworth itu berhenti di atas landasan sebelum api marak di bahagian gerabak menempatkan enjin, namun bomba berjaya memadamkan kebabakaran. <br /> <br />Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis, berkata semua penumpang dibenarkan turun dan berjalan ke Stesen Komuter Sungai Gadut yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
