Video sejurus selepas pengusaha restoran nasi kandar Pulau Pinang maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Dato’ Keramat awal pagi tadi kini tersebar di laman sosial <br /> <br />Rakaman sekitar 30 saat itu dimuat naik oleh laman facebook Wiki Rakyat sekitar 15 minit lalu. <br /> <br />Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditambak daripada jarak dekat di dalam kereta kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.
