Pihak polis kini sedang menyiasat satu video yang tersebar luas di laman sosial berkenaan seorang lelaki yang memukul wanita menggunakan kasut di tepi jalan. <br /> <br />Dalam rakaman tersebut lelaki terbabit yang dipercayai suami kepada wanita tersebut dilihat turut menendang wanita malang itu. <br /> <br />Rakaman tersebut juga memperlihatkan seorang remaja perempuan dipercayai anak pasangan tersebut cuba memeluk erat mangsa bagi melindungi dari dipukul.
