Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) masih memburu dua pencuri taring harimau bunting yang mati dirempuh kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Plaza Tol Kerteh, Kemaman pada 6 Februari lalu. <br /> <br />Pengarah Perhilitan negeri, Mohd. Hasdi Husin berkata, imbuhan ditawarkan kepada pemberi maklumat untuk menangkap dua lelaki berkenaan termasuk seorang yang dipercayai warga asing selain memberi jaminan identiti mereka akan dirahsiakan. <br /> <br />Suspek berdepan hukuman denda RM100,000 hingga RM500,000 dan boleh dihukum lima tahun penjara jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 68 (1) (C) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
