Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan bahawa tiada negara mampu mencapai kemajuan sekiranya rakyat berpecah-belah dan tidak membentuk perpaduan.

Justeru itu, baginda meminta rakyat negeri itu terus mengukuhkan perpaduan demi menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang maju dan aman damai.

"Apabila kita melihat orang sekeliling sebagai sebuah keluarga, perasaan iri hari dan hasad dengki itu dapat dijauhkan dan disemai pula dengan perasaan sayang dan saling hormat menghormati.

"Oleh demikian, beta menyeru kepada semua rakyat, walaupun berbeza agama dan kepercayaan, mereka harus hidup bersatu dan bekerjasama demi memastikan kemakmuran negeri ini terjamin," titah baginda.

Sultan Johor bertitah demikian dalam majlis makan malam sambutan perayaan Chap Goh Meh 2016 di Stadium Mini Pontian malam tadi.