Para penceramah dan pendakwah yang ingin berceramah di negeri Johor diingatkan supaya mendapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ). <br /> <br />Peringatan itu merupakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika bertitah pada Majlis perasmian Tilawah Al-Quran peringkat negeri Johor kali ke 60 di Tanjung Emas, Muar malam tadi. <br /> <br />Malah Sultan Ibrahim menegaskan bahawa para penceramah dan pendakwah perlu cermin muka sendiri sebelum memberi nasihat kepada orang lain.
