Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar mahu rakyat menghenti menjadikan tindakan baginda dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail bersalaman dengan orang ramai sebagai satu isu. <br /> <br />Titahnya, baginda bersalaman dengan semua lapisan masyarakat, tidak kira lelaki atau perempuan kerana peranan baginda sebagai raja. <br /> <br />“Terima kasih atas teguran, tetapi bukankah keprihatinan raja terhadap rakyatnya merupakan perkara yang dituntut oleh agama?” titah Sultan Ibrahim ketika berucap merasmikan peringkat Pertandingan Bacaan al-Quran Johor ke-60 di Dataran Tanjung Emas, Muar pada Rabu.
