Rakaman seorang pencuri yang 'menyorok' di dalam siling sebuah rumah dalam cubaan untuk melarikan diri daripada ditangkap polis dan penduduk kampung viral di media sosial. <br /> <br />Dalam rakaman tersebut jelas memaparkan seorang lelaki sedang berada di dalam siling di beranda rumah berkenaan dengan orang ramai dan anggota polis sudah bersiap sedia untuk menangkapnya. <br /> <br />Lelaki tersebut kemudiannya turun dari dalam siling tersebut dan dipukul oleh penduduk sebelum dibawa masuk kedalam rumah berkenaan.