Serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 ditemui di pulau La Reunion, milik Perancis yang terletak di Lautan Hindi, Khamis lepas. <br /> <br />AFP melaporkan berita itu pada Ahad bahawa serpihan itu ditemui oleh Johnny Begue ketika dia keluar berjoging di tepi pantai. <br /> <br />Menurut agensi berita itu, Begue juga merupakan orang yang menemui "Flaperon", serpihan sayap pesawat daripada pesawat yang hilang itu, semasa membersihkan pantai pada Julai tahun lepas.