Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan puting beliung yang dilihat terbentuk di kawasan Titi Gajah, petang semalam adalah dari jenis pusaran debu. <br /> <br />Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) MetMalaysia, Alwi Bahari, ketika dihubungi berkata ini berikutan beberapa faktor dikenal pasti pihaknya selepas berita mengenai pembentukan puting beliung di Kedah kira-kira jam 3.18 petang itu mula tersebar. <br /> <br />Sementara itu empat rumah di Taman Wira Mergong rosak di bahagian bumbung selepas dibadai puting beliung kira-kira pukul 3.30 petang semalam.