Dua wartawan Australia yang ditahan kerana cuba melanggar garisan polis dan menyoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan didakwa di mahkamah hari ini tetapi akan dihantar pulang. <br /> <br />Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Senior Asisten Komisioner Dv Kumar, dua lelaki itu diarah meninggalkan negara ini mengikut Seksyen 8(3)(h) Akta Imigresen 1959/63. <br /> <br />Pada Sabtu lalu, dua wartawan Australia, Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser telah ditahan di Kota Sentosa kerana gagal mematuhi arahan polis dan merempuh kawalan keselamatan ketika lawatan Perdana Menteri.
