Yunalis Mat Zara'ai atau lebih dikenal dengan Yuna nampaknya kian dikenali dunia.

Penyanyi yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat itu kini telah dipilih untuk menyumbangkan suaranya bagi satu lagu promosi temasya sukan terbesar dunia Olimpik Rio 2016 bertajuk 'The Fire'

Khabar yang membanggakan itu dikongsi beliau di laman Facebook rasminya minggu lalu.

Selain Yuna lagu itu turut dinyanyikan oleh Lenny Kravitz dan turut menampilkan beberapa orang penyanyi antarabangsa seperti Diogo Nogueira daripada Brazil, Nneka (Nigeria) dan Corrine Bailey Rae (Britain).